Ahad, 19 Oktober 2008

Haiwan

  • harimau membaham
  • gajah turun minyak

Tumbuhan & Hutan

  • kawasan gigi rimba
  • kayu-kayu yang berceracak menghutan
  • daun-daun pokok tunduk terkulai
  • dunia yang ditabiri dengan jajaran pokok-pokok dan semak samun

Estet Perumahan

  • perkarangan flat HDB yang baru
  • di kolong flat yang tegak berdiri
  • estet lama yang semakin kehilangan daya tarikan
  • deretan kedai Cina yang menjual pelbagai produk
  • aroma kurang enak dari kedai singseh Gong Hin

Pusat Membeli-Belah

  • berdiri memerhatikan gelagat pengunjung di pusat membeli-belah (nama tempat)
  • penjual yang ramah dan mesra cuba memikat hati pembeli
  • membelek-belek tanpa tujuan untuk membeli
  • mundar-mandir di pusat membeli belah itu
  • pegawai keselamatan berseragam dengan baton di pinggang
  • lengang dan sepi tanpa pengunjung
  • penuh-sesak sehingga berlanggar siku dan bahu
  • tawaran diskaun memancing pembeli
  • pengumuman dari alat pembesar suara

Jalan Raya

  • di pinggir jalan beraspal hitam dan pejal
  • lorong dua-hala yang seperti ular kena palu
  • lampu isyarat itu bukannya bijak tetapi setia mengikut program
  • kenderaan lalu-lalang deras dan perlahan
  • melintas bersahaja mengundang maut
  • bunyi hon tercetus di sana sini
  • sinaran lampu neon menghias pinggir jalan
  • papan bilboard berkerdipan menghiasi malam sambil menyalurkan informasi